Membantu pelanggan samada pihak kerajaan atau pihak persendirian menyelesaikan masalah dengan menawarkan dan memberi perkhidmatan yang berkesan dari segi kos (cost effective) yang memenuhi dan memuaskan kehendak pelanggan sepenuhnya.
<< VISION
MISSION >>
Menjadi sebuah syarikat pembekal perkhidmatan dan kontraktor binaan yang berwibawa termasuk juga dalam bidang-bidang teknologi maklumat kepada jabatan-jabatan kerajaan, swasta dan orang awam. Menjelang tahun 2030, Wallaq Wira Sdn Bhd berhasrat menjadi pemaju perumahan berskala sederhana kecil yang dikenali di negeri Selangor.
Syarikat WALLAQ WIRA SDN BHD berusaha untuk mencapai keunggulan dalam pelbagai aspek operasi kami. Salah satu matlamat utama kami ialah memastikan kegembiraan dan kepuasan pelanggan. Kami berkomitmen untuk menyediakan kerja pembinaan yang cemerlang, merektifikasi sebarang kesilapan dengan segera, dan berkomunikasi secara berterusan dengan pelanggan untuk memastikan keperluan mereka dipenuhi. Dalam era teknologi yang berkembang pesat, kami juga berusaha untuk kekal relevan dengan mengintegrasikan teknologi terkini seperti melaksanakan sistem IBS (Industrialised Building System) dalam operasi harian kami. Penggunaan alat dan perisian pembinaan terkini membantu kami untuk bekerja dengan lebih cekap dan efektif disamping dapat menjimatkan masa pembinaan bangunan.
<< GOAL